Rabu, 09 September 2009

Isu Indonesia-Malaysia dalam kacamata pers Malasyia

harian utusan terbitan malaysia tgl 6 September 2009

ARKIB : 06/09/2009
Usah layan pendemo upahan Indonesia

Oleh Zulkiflee Bakar
SEBENARNYA, penulis sedikit pun tidak berasa hairan dengan gelagat sekumpulan penunjuk perasaan membakar Jalur Gemilang pada 30 Ogos lalu di Indonesia. Malah penulis juga tidak berasa risau dengan tunjuk perasaan yang diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, baru-baru ini.

Sebagai salah seorang yang pernah tinggal di Jakarta selama tiga tahun, penulis menganggap apa yang berlaku adalah biasa kerana itulah sikap sekelompok manusia yang tidak matang dalam berhadapan sesuatu isu.

Sebenarnya isu Tarian Pendet, hanyalah salah satu isu yang cuba diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu di Indonesia bagi memburukkan Malaysia. Sebelum ini sudah ada banyak isu kecil yang sengaja diperbesarkan termasuklah oleh media Indonesia yang sejak dulu tidak pernah mahu menunjukkan kematangan dalam menyentuh isu melibatkan dua buah negara.

Jalur Gemilang bukan kali pertama dibakar, malah pada tahun 2000 peristiwa yang sama berlaku di Pontianak, Kalimantan ketika rakyat Malaysia sedang menyambut kemerdekaan. Ketika itu mereka memprotes mengenai kononnya berlaku penganiayaan ke atas pembantu rumah Indonesia.

Malah dalam isu Ambalat, pergi sahaja ke Jakarta, anda akan lihat tidak kurang lima buah buku dihasilkan dengan tujuan untuk membakar semangat rakyat Indonesia supaya menentang Malaysia. Salah sebuah buku berkenaan menggunakan tajuk Ganyang Malaysia - istilah yang digunakan ketika konfrantasi antara Malaysia-Indonesia pada tahun 1963. Kita di Malaysia tidak perlu berasa gundah gulana dengan apa yang sedang dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia. Mungkin kita boleh sedikit tersinggung kerana Jalur Gemilang dibakar tetapi kita jangan memiliki fikiran singkat seperti mereka.

Kelompok yang melakukan perbuatan berkenaan di Indonesia adalah penunjuk- penunjuk perasaan upahan, mereka ini dibayar antara Rupiah 5,000 hingga Rupiah 10,000 (RM1.60 hingga RM3.30).

Dengan upah sebanyak itu dan diberi sebungkus nasi dan segelas air, mereka akan terpekik terlolong di jalanan bagi mengecam Malaysia. Malah kerana upah itu juga mereka melakukan tindakan tidak masuk akal termasuk kononnya ‘menyita’ Kedutaan Malaysia.

Kenyataan

Begitu juga dengan puak-puak di Indonesia yang membuat kenyataan membidas Malaysia. Mereka juga tidak tahu apa-apa. Apa yang mereka katakan sekadar untuk meraih populariti dan publisiti. Oleh itu kita tidak perlu membuang masa bercakap dengan mereka soal diplomasi atau hubungan dua hala.

Kedua-dua kelompok berkenaan tidak mempunyai fikiran setinggi itu. Apa yang mereka tahu sebut sahaja soal Malaysia, maka segalanya mereka akan protes. Perasaan cemburu terhadap Malaysia masih wujud di kalangan sesetengah rakyat Indonesia.

Fikiran sempit dan tanggapan bahawa Indonesia adalah ‘abang’ kepada Malaysia masih ada. Sebenarnya, kalau hendak dibanding dengan sesetengah negara, dalam isu pembantu rumah contohnya, ada negara yang memberi layanan lebih buruk kepada kelompok berkenaan. Tetapi kenapakah penunjuk-penunjuk perasaan upahan tersebut tidak berdemonstrasi di kedutaan-kedutaan negara yang terlibat.

Kenapa apabila ada isu berkaitan dengan Malaysia, tanpa usul periksa, mereka terus bertindak hendak melakukan protes? Apakah tindakan yang dilakukan itu boleh menyelesaikan masalah?

Tindakan yang sekadar mengikut perasaan ini bukanlah kali pertama berlaku malah sudah acap kali tetapi ia akhirnya reda apabila tiada lagi orang yang mahu mengupah atau tiada lagi insan yang sanggup melakukan provokasi.

Sebenarnya, kelompok-kelompok tertentu begitu mudah terpengaruh dengan khabar angin termasuklah mahasiswa yang kononnya cuba menjadi golongan yang ingin menegakkan keadilan.

Terbaru, jangan terkejut kalau beberapa hari lagi, kita akan mendengar mereka melakukan tunjuk perasaan kerana mendakwa mangsa dalam klip video yang memaparkan sekumpulan pengawal keselamatan membelasah seorang lelaki adalah rakyat Indonesia. Demikianlah kecetekan fikiran mereka dalam berhadapan dengan sesuatu isu.

Tetapi kita tidak perlu layan semua itu. Apa yang lebih penting ialah hubungan dua hala antara kedua-dua negara terus berada dalam keadaan baik.

Dalam isu terbaru contohnya, isu Tarian Pendet. Pihak yang terlibat sudah membuat penjelasan kepada kerajaan Indonesia bahawa kerajaan Malaysia tidak terlibat. Oleh itu ia sudah jelas membuktikan bahawa Malaysia tidak bersalah.

Penjelasan

Kita yakin bahawa penjelasan pihak yang terlibat akan diterima oleh Indonesia, biarpun sebelum ini salah seorang menteri Kabinet Indonesia turut sedikit emosional.

Hubungan kerajaan antara kedua-dua negara adalah baik. Oleh itu sikap percaya mempercayai ini harus dikekalkan. Tidak harus ada mana-mana pihak dalam kerajaan sama ada di Malaysia atau Indonesia terpengaruh dengan sentimen sempit sesetengah pihak di negara masing-masing.

Malaysia selama ini sudah lama bersabar dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan. Kita yakin kesabaran ini akan berterusan kerana memahami dalam apa juga situasi adalah sesuatu yang jahil jika rakyat kedua-dua negara bertelingkah. Sebarang masalah yang wujud biarlah diselesaikan secara diplomatik di meja rundingan. Berlembut tidak semestinya beralah. Tetapi ia melambangkan bagaimana sebagai masyarakat bertamadun kita lebih rela menyelesaikan masalah secara perundingan bukannya konfrantasi.

Dalam soal ini, media-media di Indonesia juga harus memainkan peranannya. Mereka tidak sepatutnya bertindak sebagai ‘batu api’ dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan yang boleh membakar semangat rakyat negara itu.

5 komentar:

dkamaruz mengatakan...

Salam buat sdr.Win Wan Nur,
Assallammualaikum w.b.t. buat sdr.win serta keluarga disana moga hari ini anda semua sihat sejahtera dalam menjalani kehidupan seharian dan semoga Allah merahmati anda serta diberi kesihatan yg.sihat dan selamat sejahtera.T.Kasih saya ucapkan kerana sudi memberi sedikit pemahaman kpd.saya tentang permasalahan yg.telah saudara win lalui .Ikhlas saya katakan disini..bahawa saya simpati terhadap apa yg.sdr.win telah alami akan peristiwa itu.serta rakan2 anda yg.lainnya..dan saya faham simpati saja tidak cukup utk.menyembuhkan rasa sakit hati anda terhadap bangsa saya disini.yg.mana dikatakan selalu menghina bangsa anda .
Setelah saya teliti dan cuba fahami isi komentar sdr.win..sebenarnya saya bangga dgn.sikap anda ini dan cukup terang terangan org.nya,serta jujur,saya juga akan rasa terhina juga kalau saya diposisi sdr.win.Ingin saya memberitahu sdr.win walaupun anda tidak suka pd.bangsa saya namun kita masih lagi saudara sesama islam.Beginilah sdr.win,walau apa sekali situasinya ,apa jua penjelasannya dipihak kami,saya sudah menduga akan jawapannya bagi pihak sdr.win.KENAPA.?.SBB.SUDAH TERTANAM DISANUBARI SDR.WIN akan sifat2 itu tetap membenci…..dan sebenarnya itulah kelemahan sdr.win sdg.menunjukkan api kemarahan seterang terangnya maka musuh akan mencari kelemahan sdr.bagaimana cara utk.tenggelamkan sdr…itu adalah perumpamaannya.Sebenarnya saya byk belajar dari sdr.win tentang erti nilai2murni hubungan sesama manusia,semangat patriotiknya.org Indonesia amat kental.Sdr.win mengatakan yg.sdr adalah org.Acheh.Utk pengetahuan sdr.win.sebenarnya Malaysia amat mengagumi akan org..Acheh ini…nak tau sbbnya…adalah kerana Acheh adalah satu2nya wilayah didalam Indonesia yg.menuntut kemerdekaan drp.Indonesia…kami sedia maklum akan GERAKAN ACHEH MERDEKA(GAM)…tentunya sdr.win sedia maklum…bukan?Bagaimana org.Acheh itu ditindas oleh TNI.DAN BETAPA KETIKA ITU org2 Acheh dihina gara2 mahu memohon Negara sendiri,bagaimana rasanya ditindas dinegara sendiri oleh permainan pemerintahan Indonesia.Jesteru itu..kenapa Indonesia xmahu melepaskan acheh utk punya Negara sendiri…..Jawapannya adalah kerana hasil buminya….namun yg.menjadi kemarahan org.Acheh itu adalah kerana hasil bumi mereka diambil sewenang wenangnya dan keuntungannya itu lalu disalurkan pd.kerajaan pemerintah.Maka kesimpulannya Acheh masih dalam kesusahan..yg.inilah masalahnya.SEBENARNYA org Acheh (militant)dulunya diberi perlindungan khas oleh pemerintah Malaysia disini,cuma tidak dihebahkan di media kami atas menjaga hubungan kedua2 negara.Cuba sdr.win fikir mengapa Malaysia melindungi org.Acheh ketika acheh ditimpa kesusahan drp cengkaman.TNI.?Sbb.org.2Acheh ini adalah sebahagian yg.menjadi orang Malaysia dan org.Melayu disini.Persatuan org.Acheh pun ada disini.Kampung org.Acheh pun ada disini.Cuma Malaysia tidak boleh melebihkan suku kaum ini disini,nanti apa kata yg.lain spt Jawa,bugis,Mendailing,.dsbnya.Kami tidak pernah menganggap org.ACEH MEMBERI MASALAH kepada Malaysia kerana suku kaum mereka ini amat ramai disini serta telah lama bermastautin disini….mungkin yang menulis KOMENTAR ini pun salasilah keluarganya pun org.ACHEH.JAWA.BUGIS,MINANG dsbnya.yg tidak dpt.dipisahkan dalam himpunan kelompok rumpun melayu ini.

dkamaruz mengatakan...

Buat sdr win,sebenarnya anda sedang menikam sdrmu sendiri disini hanya kerana secubit kesilapan yg.anda rasai tidak patut dilakukan oleh bangsa kami disini atas bangsa kamu.Mengapa Malaysia pasukan utama sampai di Acheh ketika tsunami dulu dan pasukan terakhir meninggalkan Acheh.Baru2 ini di Padang ,Sumatra pula ditimpa bencana,walaupun diberitakan ketika itu bendera Malaysia dibakar,oleh golongan anti Malaysia,pasukan bantuan Malaysia di lontar batu(sekiranya cerita ini benar),mengapa masih Malaysia dgn.hati yg.terluka tetap membantu Indonesia,kerana org.Minang di Malaysia amat ramai disini yg.kebanyakkan menjadi ahli perniagaan yg agak berjaya juga disini,Malah dalam pasukan penyelamat Malaysia itu ada yg.berketurunan Minang ,Bugis,Acheh dsbnya.Walau apapun hakikatnya ,saya faham anda akan tetap dgn pendirian anda.sendiri tanpa perlu ditunjuk ajarkan siapa mereka
Buat sdr.win,apa yg.ingin saya terangkan disini agar kita patut sama2 belajar dari kesilapan kita,jgn hanya disebelah pihak sahaja…perkara paling senang adalah mencari salah orang lain dan perkara paling susah adalah utk mengaku kesilapan kita.Jesteru itu,gunakanlah setiap kepintaran sdr win membimbing anak nusa anda kearah yg.lebih cemerlang,berdidikasi,agar bangsa anda dipandang tinggi,bukannya mengajar mereka membenci bangsa lain kerana amat rugi rasanya serta masa.Mengalah tidak bererti Kalah,Walau apapun disini bangsa saya harus belajar sesuatu dari bangsa anda ,semangat patriotiknya dan kesetiaan dan penghormatan sesama manusia.
Berbalik kpd.urusan Negara Malaysia,setiap hari dan masa Malaysia terpaksa berhadapan dgn Pendatang tanpa izin (PATI)ini disini yg cuba menyeludop masuk kenegara ini.secara haram,segelintirnya ada yg.sempat serta nekad melakukan rompakan bersenjata disini,sudah dihantar pulang tapi dtg.semula dgn identitas yg.lain pula,mencuri kenderaan spt.motosikal dan dijual kenegara sendiri,menyeludup rokok kretek dll,utk.pasaran disini tanpa cukai,begitu juga di utara semenanjung Malaysia –Thailand,bangsa Thailand selalu mencuri kenderaan mewah disini,membeli dan menyeludup minyak diesel ke negaranya,membunuh orang islam pattani di selatan Thailand.Walaupun Malaysia tidak mengaku melindungi org.2 Pattani sebaliknya memang benar kerana ramai saudara mara mereka ada di utara semenanjung Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia dan menjadi rumpun melayu disini…dan mereka adalah org.islam yg patut kita lindungi dari org.kafir laknatullah itu,mereka membunuh dgn kejam saudara seislam kita disana tanpa belas kasihan..Begitu juga masalah di Sabah.bagaimana org.Filippina serta islam filippina dtg.menyeludup dan tinggal di sana,sama spt.Mynmar utk mendapatkan status (pr)penduduk tetap.kerana keadaan peperangan dinegara mereka.Disini pula bangsa anda perlu belajar dari kami,bagaimana para pemimpin itu harus bijak menangani masalah walaupun kami ditimpa masalah dalaman dgn jiran tetangga kami tapi kami tetap menyembunyikan permasalahan tersebut kerana bersebab.Sebenarnya mereka ini semuanya ada ikatan perhubungan persaudaran dimana mereka menetap…jadi Malaysia satu2nya Negara yg menjadi tempat rujukan dunia mencari penyelesaiannya antara Filipina dan melayu mindanoa,Thailand dan pemberontakkan islam,serta lain lainnya.

dkamaruz mengatakan...

Fikir semasaknya sdr win,apakah masalah ini harus dibiarkan,itulah yg.menjadi satu sbb,mengapa ada sesetengah melayu disini begitu benggang dgn,mereka semua ini,tapi dalam pada itu,angka penyelidikan menunjukkan Indonesia adalah Negara yg.paling banyak sekali mendapat layanan baiknya disini atas factor agama,bangsa,berbanding Negara filippina ,Bangladesh dllnya.
Walau apapun kenyataannya saya pasti anda tetap tidak begitu yakin akan situasi begini,dan tetap membenci bangsa melayu disini.Kalau situasi begini terjadi dinegara anda ,bagaimanakah penerimaan penduduk berbilang bangsa anda menerima kehadiran mereka yang tidak putus2 saban hari dan apakah reaksi rakyat anda akan situasi begini….sama2 menginap di kawasan anda.Tentu ada segelintir rakyat anda akan protes dan mengeluarkan berbagai isu politik kerana /sebab utk.menjaga kepentingan mereka sbg.warganegara.Tidak perlu kita sebut perkara 2berkaitan kerana itu adalah kuasa rakyat itu sendiri.Malaysia sebagai Negara berdaulat cuba sedaya upaya menjaga keselamatan negaranya disamping cuba menjaga hubungan antara jiran tetangganya ketika mereka didalam kesusahan.Apakah sdr.win.tidak mahu tahu,ataupun memang tidak ambil pusing ketika anda menetap disini dahulu,setiap kali negara2 islam dan bukan islam ,dilanda bencana maka media masa dinegara ini akan mengumumkan utk.kutipan derma utk.membantu Negara tersebut,seperti apa yang berlaku sekarang di Padang ,Indonesia,Bagi mereka berketurunan Minang yg tinggal disini,,setiap malam mereka berkumpul.dan mengutip dana antara mereka sendiri utk.membantu saudara mara mereka disana,selain.bantuan dari kerajaan ,badan swasta dan berkanun serta persendirian.Saya tidak pasti samada benar atau tidak bantuan Malaysia ditolak ketika ini kerana media masa Malaysia menafikan yg.bantuan nya tidak diterima.Utk.pengetahuan sdr.win,itu belum lagi saya ceritakan tentang kaum mendailing yg.terdapat di daerah Kampar ,Perak yg.berasal dari Medan,Bugis,didaerah Kg.Gajah,serta Selangor dan Negeri Johor,Minang di Negeri Sembilan,dan terlalu banyakla…Kalau kamu hina bangsa melayu disini yg kumpulan ini semuanya adalah dalam rumpum melayu bermakna anda mengutuk bangsa anda sendiri disini.(ini belum termasuk lagi keturunan Raja2 Melayu disini yg.banyak salasilah keturunannya di Indonesia.)Walau pun hina kami dimata anda kalaupun kecewa dihati kerana nistamu dan kutukan, sekalipun kamu mengutuk bangsa Melayu disini,kami tetap tidak membalasnya kerana kami tahu yang memukulnya adalah saudara kami sendiri yang mahu mengajar kami berjalan…tapi hakikatnya lihatla ….kita mesti bersatu bukan sebaliknya.
PERDANA MENTERI MALAYSIA Dato’ Sri Najib B.Abdul Razak …..kalau sdr.win mahu tahu beliau adalah merupakan keturunan Bugis.Kerana itu SEJAK DULU LAGI,anak anak Malaysia dididik melalui pelajaran (sejarah)berkaitan segalanya asal mendapat ilmu,supaya rakyat disini tahu asal usul mereka ,bagaimana penubuhan Malaysia ,raja raja melayu,dsbnya.Tidak termasuk bab pelajaran yg. lain lagi.Kami tidak spt.singapore menipu akan penubuhannya dan menolak sejarah. Dunia pun tahu penipuan Singapore.Mereka bangga jadi rakyat Malaysia kerana suku kaum NUSANTARA BANYAK TERDAPAT DISINI.

dkamaruz mengatakan...

Inilah sbbnya mengapa RAKYAT MALAYSIA tidak mahu ambil peduli atas apa yang terjadi di Indonesia,kerana kami telah diajar menghormati budaya semua bangsa /kaum melayu disini agar menghormati antara satu sama lain dan digabungkan menjadi rumpun melayu.Maka generasi itu akan menjadi kuat dan dapat memerintah dan menguasai bangsa kafir disini.Kami inginkan org.islam berkuasa di Nusantara ini.Kalau Indonesia selalu buat LATAH..MACAMMANA…nak Berjaya ..pemerintah anda juga yg.pusing kepala…terlalu banyak protes atas dasar kaumnya la,politiknya dan lain2 yg.amat menyulitkan apatah lagi ketua pemerintah kalau keturunannya dipertikaikan…
Kerana itu hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia itu adalah berbeda kerana factor sejarah,jadi kalau SDR.WIN menghina bangsa saya berarti …….lu fikirla sendiri.Cuba kaum anda pergi ke Jakarta…..apa benarkah anda akan diberi keistemewaan oleh bangsa Indonesia itu sendiri…oleh kelas pertengahan dan atasan…fikir-fikirla…bagaimana permainan Jakarta pula …keatas orang Acheh…ini bukan urusan utk .saya campur.
SEBENARNYA sdr.win,Malaysia punya tanggungjawab yg.lebih besar lagi.berbanding Indonesia yg.punyai alasan yg.amat kukuh iaitu ekonomi dan bencana alamnya..Malaysia kena berahsia tentang apa yg.dilindunginya,demi menjaga semua tetangganya,terpaksa menahan amarahnya, perkara sensitive tidak boleh diperbesarkan ,dan seboleh mungkin mengelak drp mencampuri urusan tetangganya.Kerana itulah Malaysia dipandang tinggi oleh negara2 Barat dan Timur kerana sikapnya yg.melindungi hak2 asasi kemanusiaan.didalam peperangan.Pemerintah Malaysia selalu berunding dgn Indonesia atas sbb.apa(persaudaraan)..namun ada juga permintaan Malaysia terpaksa ditolak kerana isu2 spt.ini.Contoh katakan Malaysia cuba memberi ruang pada Indonesia supaya membuka perusahaan automobilnya di Indonesia spt.Proton disetiap kota besar Indonesia dan dapat memberi peluang ratusan ribu bangsa Indonesia mendapat pekerjaan namun kerjasama ini terpaksa ditolak atas sbb.marahnya rakyat Indonesia pd.Malaysia …yg.selalu dikatakan mencari pasal kerana akan merosakkan perusahaan automobile tempatan mereka sendiri.Keangkohan dan semangat patriotik inilah yg.memakan diri Indonesia .Pemerintah Indonesia terpaksa menelan pahit dan pusing kepala.Ini hanya contoh sahaja buat sdr win.

dkamaruz mengatakan...

Kita putus hubungan dgn Malaysia,ganyang Malaysia,perang dgn.Malaysia,begitu gampang sekali rakyat Indonesia mengeluarkan kata2 kesat,tapi mengapa orang Malaysia spt.tidak peduli isu ini.Kalau isu ini diambil serius kerajaan Malaysia maka tibalah saat tetangga kita iaitu Singapura akan mengambil kesempatan keatas kedua2 negara ini menggunakan kelengkapannya utk diuji.Maka ketika itulah Malaysia akan dituduh memulakan peperangan ini.Malaysia sudah lama mengkaji akan sikap pura2 singapura…walaupun mereka dalam anggota kommemwealth..sbb.bagi Malaysia mereka tetap org.kafir yg.perlu diawasi.kecualilah jika tiada pilihan.Inilah sbbnya kenapa Malaysia terpaksa mendiamkan diri.tidak ambil pusing dgn.Indonesia.Malaysia tidak mahu Indonesia di buli oleh Singapura dalam lontar batu ,sorok tangan.Kerana itulah saya sendiri angkat tangan dgn.negara saya sendiri demi menjaga keamanan sejagat dirantau ini.Sdr win x perlula..bertanya siapa saya..tapi bagi Malaysia /Indonesia akan tiba masanya akan anda ketahui betapa menyesalnya anda melakukan perkara ini bila kedua dua Negara ini hancur akibat perbuatan rakyat Indonesia demi hanya sebuah nama bernama bangsa Indonesia.Kerana itulah rakyat Malaysia ratanya org.Melayu menolak sekeras kerasnya penggunaan ayat menggunakan perkataan bangsa Malaysia kerana ramai kaum di Malaysia .Jadi mereka semua adalah tuan pada Tanah melayu ini.Jadi terang2 peluang utk menjadi ketua Negara sudah ada didepan mata.Kami ingin hanya orang Melayu sahaja menguasai Malaysia tanda sbg.tuan tanah Melayu yg.berdaulat..Jadi sebagai tuan tanah,org melayu harus bijak menangani masalah ini kerana kami tahu org.India dan cina sudah diagak tentang tahap kesetiaan mereka pada negara ini.Jika dari dulu lagi Indonesia menolak penggunaan bangsa Indonesia ini tentu mereka tidak spt.hari ini.Kerana kuasa tuan tanah tiada ,nama2 rakyatnya semuanya bunyi Indonesia,walaupun mereka itu BERAGAMA ISLAM,BUDHHA,KRISTIAN dsbnya.Statistik tidak dapat menunjukkan siapa sebenarnya TUAN BESAR PADA TANAH INDONESIA,SUKU KAUM TERBESAR HARUSLAH MENJADI KEPALA PEMERINTAH DAN MENJAGA KAUM KAUM YG.KECIL .Walaupun Negara anda Negara islam terbesar di DUNIA ,SUKU KAUM TERBESAR MESTI ADA UTK MENGKONTROL KAUM YG.KECIL DAN BARULAH DIBERI PENGAGIHAN MENGIKUT PERATUSAN KAUM TERSEBUT DALAM PEMBANGUNAN INDONESIA. kaum apakah yg.menguasai Indonesia.TIADA BUKAN…DISINILAH silapnya kerana semua kaum Indonesia adalah tuan pada Indonesia tiada suku kaum yg.KONTROL Indonesia.… ….maaf saudara win ..kalau saya terpaksa berkata demikian.Walau apapun anda tetap benci dgn bangsa saya disini SUDAH TERTANAM DISANUBARI SDR.WIN akan sifat2 itu tetap membenci….Malaysia..
Moga Allah MENCUCURI RAHMAT atas semua negara2 islam dan moga bukakanlah hati mereka agar berbaik sesama saudara seislam mereka…didunia ini…jumpa lagi INSYAALLAH…WASSALLAM.
MAAFKAN SAYA SDR WIN ,KALAU DALAM KOMENTAR INI AMAT MENYINGGUNG PERASAAN SDR.WIN...DAN TIADA NIAT SAYA UTK MENYAKITI HATI SESIAPA HANYA SAYA BERPANDUKAN PADA FAKTA DAN LOGIKALNYA.moga anda dapat menerimanya.